fbpx

Cuaca buruk di utara, Pantai Timur pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysi) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Perak, Terengganu, Pahang dan Selangor pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang sedang melanda sebahagian besar daerah di Perak.

“Antaranya adalah Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Pantai Timur pula, kawasan yang terlibat adalah Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” katanya hari ini.

Sementara itu, di Pahang, cuaca buruk sama turut melanda Raub, Maran, Kuantan dan Pekan pagi ini.

Tambah MetMalysia, cuaca yang tidak menentu di sebelah pagi ini juga berpotensi berlaku sekitar Selangor.

“Daerah terlibat adalah Sabak Bernam serta Hulu Selangor,” ujarnya.

Bagaimanapun, jelas MetMalaysia, keadaan tersebut akan kembali reda dalam tempoh kurang dua jam sahaja lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI