fbpx

PM10: Calon Timbalan Perdana Menteri bakal diisi wakil BN atau GPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sidang media selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri hari ini

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan calon Timbalan Perdana Menteri akan diisi sama ada oleh wakil Barisan Nasional (BN) atau Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata, jawatan itu akan diisi dari komponen kuat yang lain.

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu belum dibincangkan dan akan dimaklumkan nanti.

“Saya beritahu bila saya dah tahu,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya adakah `kluster mahkamah’ akan diberikan jawatan dalam Kabinet, beliau memerlukan masa untuk membincangkan perkara tersebut.

“Pendirian PH jelas, tetapi oleh kerana ini adalah kerajaan perpaduan maka, kita akan berbincang dengan yang lain.

“Bagi ruang untuk kita berbincang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI