fbpx

Bajet 2023 perlu dibentang semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bajet 2023 dibentangkan pada bulan lalu.

PETALING JAYA – Kerajaan yang baharu dibentuk perlu meneruskan agenda Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan membentangkan Bajet 2023 sekali lagi untuk diluluskan dengan segera sebagai persiapan menghadapi situasi ekonomi yang dijangka mencabar tahun depan.

Penganalisis Politik, Prof. Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk dijangka tetap memastikan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat akan diutamakan kerana semua pihak mempunyai pengalaman mentadbir negara.

“Kerajaan baharu mempunyai tugas yang mencabar untuk terus mempertahankan momentum pemulihan ekonomi negara, ia tidak boleh dibiarkan perlahan memandangkan ekonomi global yang diramalkan amat mencabar pada 2023 dan tahun-tahun akan datang.

“Dengan tiada parti politik yang berjaya meraih majoriti mudah membentuk kerajaan, saya melihat selepas pilihan raya ini akan berlaku kurangnya permainan politik dan usaha akan lebih kepada pemulihan ekonomi dan menarik lebih ramai pelabur ke negara kita,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut beliau, rakyat Malaysia merupakan rakyat terbaik, tidak ada sebarang provokasi walaupun keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak dapat membentuk kerajaan dengan mudah kerana tiada mana-mana gabungan memperoleh majoriti mudah.

“Ini menyebabkan keyakinan pelabur sentiasa tinggi untuk melabur di negara ini. Selain itu, semua pihak yang bertanding sudah ada pengalaman mentadbir negara, maka ini juga menambah keyakinan pelabur,” katanya.

Tambahnya, Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat untuk membetulkan struktur ekonomi negara yang pincang sekarang dengan pelbagai isu seperti inflasi, sekuriti makanan, graduan ‘underemployment’, kebergantungan kepada pekerja asing serta kurangnya budaya penyelidikan dan pembangunan dalam industri pembuatan Malaysia.

“Parlimen tergantung memberi kesan kepada kita terutamanya Bajet 2023 yang tidak sempat diluluskan yang mana ini membuatkan segala perancangan mungkin perlu dilakukan semula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI