fbpx

Bayi 8 bulan mati, bapa sakit mental lumur garam kasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang membawa mayat bayi yang ditemui mati dirumahnya di di Kampung Sungai Dua, Bachok kelmarin.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Bayi lelaki ditemui mati dalam guni selepas dibunuh bapanya sendiri yang dipercayai mengalami masalah mental dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Dua, di sini pagi tadi.

Mangsa, Wan Mohamad Afiq Zafwan Wan Roslan yang berusia lapan bulan, ditemui dalam keadaan kulit di leher kiri dan kanan menggelupas, kesan lebam di badan selain seluruh tubuh badan dilumur garam kasar.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman, berkata, berdasarkan siasatan awal,bayi itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 12 jam sebelum ditemui.

Katanya, dalam kejadian itu, suspek telah bertindak mengurung isterinya, Nor Hanifah Mohamad, 32, dalam sebuah bilik selain turut turut mengalami kesan lebam di kedua-dua tangan.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.45 pagi tadi selepas di maklumkan seorang lelaki yang berusia 50 tahun yang datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI