fbpx

Ronaldo terima natijah hempas telefon bimbit remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO telah memohon maaf atas insiden tersebut di media sosial, namun FA tetap mengenakan hukuman digantung dua perlawanan dan didenda £50,000. – AFP

LONDON – Malang bertimpa-timpa melanda bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo selepas penyerang Portugal itu ditamatkan kontrak oleh Manchester United pada Selasa lepas, namun sekarang berdepan hukuman digantung dua perlawanan dan didenda £50,000 (RM273,820).

Persatuan Bola Sepak England (FA) membuat keputusan itu gara-gara tindakan kasar penye­rang berusia 37 tahun itu yang menghempas telefon bimbit seorang penyokong Everton selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Satu rakaman video tular menunjukkan Ronaldo dilihat marah dan menepis telefon daripada tangan seorang peminat ketika berjalan menuju ke terowong selepas kekalahan Manchester United 1-0 di Goodison Park pada April tahun lalu.

Satu laporan dibuat terhadap Ronaldo selepas tindakan penyerang Portugal tersebut menyebabkan kesan lebam pada tangan dan skrin telefon pecah.

Ronaldo telah diberikan amaran oleh pihak polis pada Ogos lepas dan didakwa atas kelakuan tidak wajar oleh FA pada September lalu. Bagaimanapun, Ro­naldo telah memohon maaf atas insiden tersebut di media sosial.

“Penyerang tersebut (Ronaldo) mengakui kesilapannya sejurus berakhir perlawanan antara Manchester United dan Everton, namun tindakan tersebut adalah tidak wajar sama sekali,” kata FA dalam kenyataan.

Penggantungan tersebut terpakai meskipun Ronaldo menyertai pasukan baharu di mana-mana negara, namun tidak terpakai pada Piala Dunia 2022 di Qatar ketika ini.

Kapten Portugal tersebut kini berada di Qatar untuk melakukan persiapan dalam aksi Kumpulan H dan meletakkan sasaran awal melepasi peringkat kumpulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI