fbpx

Pencuri kebas syiling emas RM7.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syiling emas yang dirompak itu ditemui semasa kerja-kerja penggalian arkeologi pada 1999 berhampiran Manching. – Frank Machler

MUNICH, JERMAN – Sekumpulan pencuri memecah ma­suk ke dalam sebuah muzium di Jerman dan melarikan duit syiling emas Celtic bernilai kira-kira €1.6 juta (RM7.5 juta) dalam masa hanya sembilan minit, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Beratus-ratus syiling itu dirompak dari muzium yang terletak di bandar Manching, negeri Bavaria, pada tengah malam, kata polis.

Tambah polis, kumpulan perompak itu merosakkan sistem penggera muzium kerana sejurus sebelum kecurian berlaku, kabel internet telah dimatikan yang menyebabkan bekalan elektrik ke seluruh bangunan muzium  terputus.

Sistem penggera tidak berbunyi apabila pintu muzium dikopak.

Kecurian itu disedari kakitangan muzium State Archaeological Collection yang melihat kaca pecah di atas lantai selain duit syiling turut hilang daripada bekas pameran pada keesokan paginya.

Bekas pameran kedua turut dipecahkan. Polis mengesyaki kecurian itu melibatkan jenayah terancang dan kemungkinan ada kaitan dengan kes rompakan sebelum ini.

Pada 2017, sebilangan ­syiling emas seberat 100 kilogram dilarikan dari sebuah muzium di Berlin. Dua tahun kemudian, perompak mengambil 21 barang kemas dan barang berharga lain di muzium Green Vault, Dresden.

Namun, polis tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat kaitan antara insiden itu.

“Jelas tidak semudah itu untuk mereka berjalan masuk ke dalam muzium serta mengambil khazanah di dalamnya.

“Ia dikawal ketat dan agak munasabah untuk kita mengandaikan bahawa kita sedang berdepan dengan kes jenayah terancang,” kata Menteri Sains dan Seni Bavaria, Markus Blume. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI