fbpx

Lebih 5,700 sekolah ditutup, sejuta pelajar terjejas di Burkina Faso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA pasukan keselamatan Burkina Faso mengusung keranda semasa upacara pengebumian askar-askar yang terbunuh di Gaskinde, Ouagadougou pada 8 Oktober lalu. -- AFP

OUAGADOUGOU, Burkina Faso – Lebih 5,700 buah sekolah di Burkina Faso ditutup disebabkan situasi keselamatan, dengan satu juta pelajar tiada akses kepada pendidikan, kata pertubuhan amal, Save the Children kelmarin.

“Burkina Faso melepasi pe­nanda aras dramatik satu juta kanak-kanak terjejas akibat penutupan sekolah-sekolah dise­babkan oleh krisis keselamatan,” kata organisasi itu dalam satu kenyataan.

Angka baharu itu meningkat dua kali ganda berbanding yang diumumkan oleh kerajaan Burkina Faso awal tahun ini.

Sejak 2017, kumpulan-kumpulan Islam bersenjata menyasarkan guru dan sekolah di Burkina Faso dan mengisytiharkan penentangan mereka terhadap pendidikan Barat serta institusi kerajaan.

“Penutupan ini mewakili sekitar 22 peratus fasiliti pendidikan di Burkina Faso. Ia menjejaskan seramai 1,008,327 pelajar,” kata Save the Children, memetik laporan terkini Sekretariat Pendidikan Dalam Situasi Kecemasan Ouagadougou.

Menurut kementerian pendidikan, lebih 28,000 guru terjejas akibat penutupan sekolah  tersebut.

Selama lebih tujuh tahun, orang awam dan tentera di negara Afrika Barat itu berdepan serangan kumpulan-kumpulan Islam yang semakin meningkat, terutamanya di utara dan timur yang mengakibatkan beribu-ribu orang terbunuh serta sekitar dua juta penduduk menjadi pelarian.

Kapten Ibrahim Traore yang mengambil alih jawatan Presiden selepas melancarkan kudeta berkata, dia mahu ‘menawan semula wilayah-wilayah yang dikuasai oleh pengganas’.

Ia merupakan rampasan kuasa kedua di Burkina Faso dalam masa lapan bulan. Ketua-ketua kudeta di Burkina Faso berulang kali menjadikan isu keselamatan sebagai alasan untuk merampas kuasa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI