fbpx

Eropah umum angkasawan OKU pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
McFall merupakan bekas pelari pecut sukan paralimpik dari Britain. – ESA

PARIS – Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) kelmarin mengumumkan individu bernama John McFall sebagai parastronaut  pertama dalam langkah penting bagi memberi peluang kepada orang kelainan upaya (OKU) untuk bekerja dan tinggal di angkasa lepas, lapor laman berita Wion News.

McFall merupakan bekas pelari pecut sukan paralimpik dari Britain. Dia ialah seorang daripada 17 individu baharu yang dipilih untuk menjalani latihan sebagai angkasawan.

McFall akan mengambil bahagian dalam kajian kebolehlaksa­naan yang membolehkan ESA menentukan prasyarat bagi individu OKU  yang terlibat dalam misinya  pada masa akan datang.

“Ia merupakan pengalaman yang agak mencabar kerana sebagai seseorang yang tidak mempunyai satu kaki, saya tidak pernah terfikir akan menjadi angkasawan. Saya amat teruja,” kata McFall.

McFall kehilangan kaki kanannya pada usia 19 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal.

Doktor berusia 31 tahun itu akan membantu jurutera-jurutera ESA mencipta pengubahsuaian perkakasan yang diperlukan untuk menjadikan penerokaan angkasa lepas secara profesional lebih mudah diakses oleh orang yang lebih berkelayakan, kata ESA. 

Individu OKU  yang benar-benar berkemampuan untuk lulus dalam ujian psikologi, kognitif dan ujian lain telah dijemput untuk memohon jawatan sebagai angkasawan ESA  tahun lalu.

Pihak ESA menerima 257 permohonan untuk menjadi parastronaut. Golongan ini tidak berpeluang untuk menjadi angkasawan hanya kerana batasan dari segi perkakasan yang tersedia untuk individu OKU. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI