fbpx

PM10: Anwar tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Istana Negara pada pukul 4.32 petang tadi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri hari ini.

Kenderaan jenis BMW bewarna biru gelap yang membawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilihat memasuki Pintu 1 Istana Negara pada pukul 4.32 petang tadi.

Istiadat tersebut dijadualkan berlangsung pada pukul 5 petang ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan melantik Anwar selaras dengan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan susulan Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15).

Difahamkan, Kerajaan Persekutuan baharu itu menggabungkan dua parti terbesar iaitu PH dan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti kerusi 112 selepas lima hari Parlimen tergantung akibat tiada mana-mana parti mendapat majoiti mudah.

Pada PRU15, PH memenangi sebanyak 82 kerusi Parlimen, diikuti Perikatan Nasional (73 kerusi), BN (30 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (22 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (enam kerusi) dan calon Bebas, dua kerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI