fbpx

Diet pelik, Sungjong makan telur dibelah tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNGJONG

DIET ekstrem artis K-pop bukan lagi satu perkara baharu kerana kecenderungan mereka menjaga pemakanan demi mengekalkan berat dan bentuk badan ideal.

Bagaimanapun, pendedahan penyanyi Sungjong tentang diet yang pernah diamalkannya sangat mengejutkan ramai kerana disifatkan terlampau ekstrem.

Penyanyi itu mengakui, ketika melanjutkan pelajaran di Hong Kong sebelum ini, setiap hari hanya makan sebiji telur rebus yang dibelah tiga untuk satu-satu hidangannya.

Pendedahan mengejutkan ramai itu dikongsikan ketika Sungjong menjadi tetamu undangan dalam rancangan Talk Pawon, sekali gus menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan peminat yang ternyata tidak senang dengan rutin sebegitu.

Kata peminat, amalan sebegitu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan kerana perbuatan Sungjong sebenarnya berkaitan tentang masalah gangguan pemakanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI