KUALA LUMPUR – Lebih 100 Ketua Bahagian UMNO sedang mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Perjumpaan tersebut difahamkan bagi menyatakan solidariti kepada Presidennya dan menyatakan kekesalan terhadap gesaan daripada beberapa parti komponen BN supaya Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN. – KOSMO! ONLINE