fbpx

Amirudin pilih kekal MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan akan kekal menduduki jawatan tersebut meskipun kini telah bergelar Ahli Parlimen Gombak.

Amirudin yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor memberitahu, ini disebabkan ada perancangan yang perlu dilakukan dan dilengkapkan seperti Rancangan Selangor 1.

“Secara peribadi i’m prefer stay di Selangor untuk meneruskan kerja bukan soal jawatan di pusat (kerajaan Persekutuan).

“Fungsi sebagai Ahli Dewan Negeri dan Parlimen membolehkan atau menghubungkan kedua-duanya (Selangor dan kerajaan Persekutuan) dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas teka-teki sama ada akan ‘berpindah’ menjadi Menteri Kerajaan Persekutuan atau kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Amirudin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua memenangi Parlimen Gombak dengan majoriti 12,729 selepas menewaskan lima calon lain termasuk penyandang kerusi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Amirudin bagaimanapun menegaskan perbincangan untuk ‘berpindah’ ke portfolio di Kerajaan Persekutuan boleh dilakukan nanti.

“Saya percaya sampai kepada pembubaran ini tiada berlaku sebarangh perubahan sebab berbaki hanya enam atau tujuh bulan sebelum pembubaran automatik DUN.

“Kita teruskan rancangan perancangan termasuk esok saya akan bentangkan belanjawan negeri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI