fbpx

PM10: Pemimpin PKR tiba di kediaman Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifudin Nasution ketika tiba di kediaman Anwar tadi.

KAJANG – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tiba di kediaman Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Saifudin tiba kira-kira pukul 3 petang tadi tidak lama selepas Penyandang Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa tiba di kediaman itu kira-kira pukul 2.46 petang tadi.

Turut kelihatan, Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew.

Terdahulu, anak perempuan Anwar merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar turut tiba di kediaman Anwar tengah hari tadi.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperunfukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI