fbpx

Polis kesan pemandu lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah kenderaan yang memandu melawan arus yang diberjaya dirakam alat perakam video pengguna di Lebuh Raya Selat Klang semalam.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Polis sedang mengesan sebuah kenderaan yang dipandu melawan arus di Lebuh Raya Selat Klang malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.09 malam itu berjaya dirakam alat perakam video sebuah kenderaan lain yang melalui lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, setakat ini tiada sebarang laporan berkenaan diterima pihaknya namun usaha sedang dilakukan bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkanya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 58 saat itu, kelihatan sebuah kereta dipandu melawan arus di Lebuh Raya Selat Klang menyebabkan sebuah kereta lain segera menukar laluan bagi mengelak dirempuh. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI