fbpx

Ancaman, keganasan terhadap LGBTQ melonjak di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG AWAM yang berkabung melawat sebuah memorial di luar Club Q pada 22 November lalu. - AFP

WASHINGTON –  Ancaman dan keganasan ke atas acara mak nyah dan transgender me­lonjak di seluruh Amerika Syarikat (AS) sepanjang tahun 2022, demikian menurut sebuah kumpulan sokongan untuk lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang melakukan kajian menyeluruh melibatkan aktiviti anti gay susulan insiden amukan senjata api di sebuah kelab malam LGBTQ di Colorado, Sabtu lepas, lapor laman berita Wion News kelmarin.

GLAAD yang merupakan antara kumpulan penyokong utama LGBTQ, melaporkan sekurang-kurangnya 124 kes di sekurang-kurangnya 47 negeri di mana aktiviti anti gay atau ancaman serius terhadap acara mak nyah berlaku sepanjang 2022.

Texas menyaksikan paling banyak ancaman dan protes anti gay tahun ini dengan 10 insiden direkodkan di negeri berkenaan. Carolina Utara berada di tempat kedua dengan 9 insiden diikuti oleh negeri Illinois (8), California (6), Tennessee (6) dan Georgia (5).

Kebanyakan protes dan ke­ganasan lain berlaku semasa perarakan dinamakan Pride pada musim panas dan musim luruh termasuk sebilangan insiden menjadi tajuk utama akhbar beberapa bulan lalu.

Lewat Jun lalu, pengasas sebuah kumpulan Neo-Nazi dan dua lelaki lain ditangkap di Boston semasa melakukan bantahan terhadap acara ‘sejam bercerita mengenai mak nyah’ kepada kanak-kanak. Beberapa hari kemudian, Gabenor Florida, Ron DeSantis mengesahkan negerinya sedang menyiasat sebuah restoran yang tular selepas menunjukkan kanak-kanak menghadiri acara mak nyah di premis itu.

Baru-baru ini, kejadian lebih serius berlaku di sebuah kedai donat di Tulsa, Oklahoma apabila penyerang membaling bom api ke arah premis berkenaan selepas satu acara mak nyah.

Protes pula mengganggu acara gay di bandar besar se­perti Philadelphia, Memphis, Dallas, Cleveland, Las Vegas, Minneapolis, St. Paul, Boston, Miami, Denver dan  Phoenix, kata kajian tersebut. 

Kelab Q di mana lima orang ditembak mati dan 25 yang lain cedera dalam amukan senjata api hujung minggu lalu bercadang menjadi hos kepada satu acara mak nyah pada Ahad lepas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI