fbpx

PM10: Saya bangga dengan Papa – Nurul Izzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah (kiri), Anwar (kanan).

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada bapanya yang baru sahaja diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 sebentar tadi.

Salam satu hantaran di Instagramnya, beliau berbangga dengan lelaki tersebut walaupun pernah menjadi tahanan dalam penjara.

“Ketika hidup di dunia, kita tidak terlepas daripada dugaan. Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga.

“Yang pasti, sejak 1998 sehingga ke saat ini adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan dan menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua,” tulisnya.

Menurut Nurul Izzah, selepas upacara angkat sumpah, bapanya akan berusaha untuk menyatupadukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, serta membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

“Legasi yang kita tinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat atau wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli,” katanya.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Keputusan itu selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI