fbpx

5 kenderaan rasmi Raja-Raja tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan rasmi Istana Kedah dilihat memasuki Pintu Utama Istana Negara pada pukul 10.51 pagi tadi. - Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Lima kenderaan rasmi istana dari Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu berangkat tiba di Istana Negara bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di sini hari ini.

Kesemua kenderaan itu tiba sekitar 10.45 pagi hingga 10.58 pagi secara berasingan memasuki Pintu Utama Istana Negara.

Ia dipercayai membawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Ia kerana, menurut hemat baginda, tiada ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI