fbpx

Poland beri sokongan moral pada Lewandowski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI Lewandowski selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Poland seri 0-0 dengan Mexico pada Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium 974 awal pagi semalam. – AFP

DOHA – Seluruh skuad Poland tidak akan menuding jari terhadap Robert Lewandowski selepas penyerang Barcelona itu gagal menyudahkan pe­nalti untuk berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Mexico pada aksi pertama Kumpulan C di Stadium 974, awal pagi semalam.

Di sebalik kegagalan Lewandowski mencipta gol sulung di pentas Piala Dunia, jurulatih­nya, Czeslaw Michniewicz bertegas semua pihak akan terus kekal di belakang pe­nyerang itu.

Michniewicz juga tidak menolak andaian yang mengatakan Lewandowski sedang memikul tugas cukup berat untuk memimpin pasukan raih kejayaan dan akui seluruh pemain sedang dihimpit rasa duka.

“Saya bersimpati dengannya dan saya tahu bagaimana perasaan seorang kapten yang gagal menyempurnakan penalti. Dia cukup beremosi apabila mengenangkan insiden itu.

“Kami memantau bilik persalinan dan Robert juga ada menyaksikan ulangan sepakan itu. Namun, saya percaya dia tahu bagaimana untuk atasi keadaan sekarang dan kami sebagai satu pasukan akan bantunya.

“Harus diingat, masih ada pemain hebat lain yang gagal menyempurnakan penalti se­perti Socrates, Zico, Michel Platini dan Diego Maradona. Inilah bola sepak, namun kami tahu dia akan bantu kami pada aksi selepas ini,” katanya.

Pada perlawanan awal pagi semalam, penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa terus menjadikan Piala Dunia sebagai tempat dirinya menyinar apabila menyelamatkan penalti Lewandowski pada minit ke-58.

Mengulas lanjut, Michniewicz tetap berpuas hati ­dengan satu mata dan merasakan ia lebih baik berbanding tewas seperti yang dihadapi Argentina.

“Ia menjadi perlawanan yang sukar buat kami. Keputusan ini langsung tidak menjejaskan peluang kami atau pun Mexico. Jika menang ia mungkin akan jadi lebih senang tetapi sekarang adalah lebih baik satu mata daripada kalah.

“Segalanya kini terletak dalam tangan kami sendiri dan keputusan ini tidak pernah merubah mentaliti pasukan untuk dapatkan keputusan lebih baik pada aksi selepas ini,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI