fbpx

Pertemuan BN, PN selesai selepas 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Ismail Sabri dilihat keluar melalui laluan berlainan di Hotel St. Regis pada pukul 4.58 petang tadi.

KUALA LUMPUR – Satu pertemuan antara pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di Hotel St. Regis telah selesai pada pukul 4.58 petang tadi.

Bagaimanapun, tiada perkembangan perjumpaan yang berlangsung selama hampir dua jam itu apabila kesemua pemimpin tersebut dipercayai keluar melalui laluan berlainan.

Difahamkan, antara pemimpin PN yang hadir adalah Timbalan Pengerusi, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr. Dominic Lau, dan Datuk Seri Faizal Azumu serta Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainuddin termasuk Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee.

Bagi pemimpin BN pula adalah Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri serta Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup.

Terdahulu Kosmo! melaporkan bahawa tujuan pertemuan itu masih belum dapat dipastikan, namun didakwa berkait dengan isu gabungan parti bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI