fbpx

Mangsa bunuh berkasih 10 tahun dengan wanita Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA forensik membawa mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh oleh kekasih warga Vietnamnya kelmarin.

SEREMBAN – Suspek wanita warga Vietnam dikatakan menjalin hubungan cinta selama 10 tahun dengan mangsa lelaki tempatan yang mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima di sini.

Satu sumber berkata, setakat ini, motif kejadian melibatkan mangsa berusia 50 tahun dan suspek berusia 33 tahun adalah disebabkan cemburu.

“Siasatan awal mendapati mereka merupakan pasangan kekasih dan menjalin hubungan cinta selama 10 tahun.

“Suspek dipercayai mempu­nyai hubungan dengan lelaki lain menyebabkan mangsa cemburu,” katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof membe­ritahu, pihaknya sudah me­rakam keterangan seramai enam saksi termasuk jiran mangsa bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki ditemui mati de­ngan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai akibat ditikam di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima pada Ahad lalu.

Sebelum itu, mangsa dikatakan bergaduh dengan seorang wanita yang juga suspek.

Mayat mangsa dijumpai pada pukul 9.30 malam dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah tersebut.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis mendapati seorang wa­nita dalam keadaan panik dan sedih di dalam rumah tersebut. Suspek direman tujuh hari sehingga 28 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI