fbpx

Beberapa kawasan di Perlis dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak bermain air banjir di hadapan rumahnya di Kampung Sentua, Perlis.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di negeri ini dilanda banjir antaranya Wang Kelian; Gua Kelam; Kampung Sentua dan Ulu Pauh.

Bagaimanapun, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, tiada pusat pemindahan yang dibuka.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Ruhisha Haris berkata,  anggota bomba telah melakukan rondaan di kawasan terjejas dan berisiko banjir.

Katanya, buat masa ini pihaknya belum menerima laporan banjir yang serius.

“Pemantuan dari Stesen Hujan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan berlaku hujan lebat sejak awal pagi tadi.

“Selain itu, paras sungai juga didapati masih berada pada paras tinggi apabila terdapat air yang mengalir keluar dari pintu Gua Kelam,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, seramai 150 anggota bomba dan 100 sukarelawan bomba bersiap sedia untuk menghadapi banjir berikutan hujan lebat berpanjangan.

“Antara aset yang akan digunakan dalam operasi adalah enam unit bot, empat lori, empat kenderaan utiliti, tiga unit jentera perkhidmatan perubatan kecemasan (EMRS) dan 130 unit peranti pengapungan peribadi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI