SEREMBAN – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka akan dibuat bersama dua buah negeri lain ditadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu Pulau Pinang dan Selangor.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, setakat ini DUN Negeri Sembilan tidak dibubarkan sehingga habis penggal iaitu pada bulan Jun tahun hadapan.
“Belum ada lagi (cadangan pembubaran DUN), buat kerja dahulu, buat kerja betul-betul, cukup masa kita akan bubarkan.
“Kami ada masa sehingga bulan Jun tahun depan, kami tidak cakap bila (akan dibubarkan) tetapi keputusan akan dibuat bersama,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE