fbpx

Penduduk cemas, atap rumah terbang 4 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Radzi membersihkan pokok yang tumbang di halaman rumahnya di Serkam Darat, Melaka.

MELAKA – Kira-kira 30 penduduk di Kampung Serkam Darat di sini berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dipukul ribut sekitar pukul 4 pagi tadi.

Sebanyak lapan buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan dinding rumah dan atap dalam bencana tersebut.

Menurut seorang penduduk, Mohd. Syukri Abdullah, 38, dia terkejut apabila bumbung dapur rumahnya turut tercabut diterbangkan ribut.

“Saya ingat rumah saya terselamat tetapi saya terkejut apabila mendapati bumbung tandas dan dapur diterbangkan ribut.

“Bumbung tandas itu saya sedar telah hilang ketika ingin bersiap-siap ke tempat kerja pada pukul 5 pagi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Radzi Hamzah, 37, memberitahu, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku selepas menetap di kampung tersebut sejak 40 tahun lalu.

“Kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 pagi, saya, isteri serta dua anak terjaga selepas kami terdengar bunyi kuat dentuman kuat dari arah dapur rumah.

“Saya terkejut apabila mendapati sebahagian bumbung rumah ranap dihempap sebatang pokok rambutan yang tumbang akibat ribut,”katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Komuniti, (JPKK), Kampung Serkam Darat, Hairul Amin Madon berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Serkam untuk bantuan lanjut.

Katanya, bantuan awal bagaimanapun telah dihulurkan oleh pasukan Rela bagi kerja-kerja pembersihan kawasan ribut dan pengalihan pokok tumbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI