fbpx

Koperal maut, bergegas balik nak jumpa anak demam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.

ALOR GAJAH – Hasrat seorang Koperal bergegas pulang selepas tamat syif dari Selangor ke Melaka untuk melihat keadaan anaknya yang demam tidak kesampaian apabila maut di Kilometer 217.1 Lebuh Raya Utara-Selatan(arah selatan), lewat pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, mangsa Kamarul Arif Noor, 32, yang menunggang motosikal jenis Honda RS150R maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Subang Jaya, Selangor ke Bukit Baru, Melaka Tengah.

“Berdasarkan keterangan saksi yang melihat kejadian mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah lori membawa muatan perabot yang dipandu di lorong tengah telah mengubah haluan ke lorong paling kiri.

“Mangsa yang berada di lorong paling kiri telah cuba mengelak ke kanan tetapi telah terlanggar lori terbabit pada bahagian belakang sebelah kanan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebelum kejadian mangsa baru sahaja tamat syif bertugas pada pukul 12 tengah malam dan bergegas pulang ke Kampung Masai, Bukit Baru selepas dimaklumkan anaknya demam.

“Allahyarham baru sahaja selesai syif bertugas di Balai Polis Subang Heights dan bergegas pulang untuk memeriksa keadaan anaknya yang demam.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI