fbpx

PRU15: Portfolio Exco Perak dimuktamadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kanan) bercakap pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Portfolio barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam selesai dimuktamadkan hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau akan mengambil peranan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.

Seterusnya, menurut beliau ialah Datuk Mohd. Zolkafly Harun sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan; Datuk Seri Dr. Mohamad Nizar Jamaluddin (Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam) dan A. Sivanesan (Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India.

“Loh Sze Yee (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor); Salbiah Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan) dan Teh Kok Lim (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau).

“Sandrea Ng Shy Ching sebagai (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan); Khairudin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan); Mohd. Azlan Helmi (Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO) dan Woo Kah Leong (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Saarani berkata, senarai diumumkan tersebut membariskan golongan pemimpin berpengalaman dan muda termasuk mereka yang pernah menjadi Exco sebelum ini.

“Untuk makluman, semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama bagi membincangkan dan memutuskan beberapa perkara penting.

“Antaranya, mesyuarat bersetuju supaya Mesyuarat Pertama dan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri ke-15 Perak Darul Ridzuan akan diadakan pada 19 Disember 2022 bagi pembentangan Bajet 2023,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI