fbpx

Lelaki ditahan buat hasutan terhadap kuasa Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

SHAH ALAM – Perbuatan seorang lelaki menghasut bagi melakukan demontrasi membantah kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam pemilihan calon Perdana Menteri membawa padah apabila ditahan, malam tadi.

Suspek berusia 35 tahun itu ditangkap pukul 10.30 malam di sebuah rumah di Kajang, dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan polis kira-kira pukul 10.52 malam kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berhubung video berdurasi 15 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Instagram.

Katanya, hasil penelitian mendapati video tersebut menyatakan ketidakpuasan hati pemilik akaun Instagram terhadap YDPA dalam pemilihan Perdana Menteri.

“Berdasarkan video tersebut juga melabelkan salah satu kaum di negara ini sebagai korupsi.

“Malah turut menghasut orang ramai untuk membuat demonstrasi bagi membantah kuasa YDPA dalam pemilihan calon Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, suspek yang telah ditahan itu kini direman selama tiga hari bermula hari ini selepas dibenarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Arjunadi menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI