KUALA LUMPUR – Dua wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) keluar meninggalkan Istana Negara menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) pada pukul 11.55 pagi tadi.
Kedua-dua wakil itu adalah Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiusaha Agung PBB Datuk Seri Alexander Nanta.
Terdahulu, wakil GPS turut dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pagi ini selain 30 Ahli Parlimen BN. – KOSMO! ONLINE