fbpx

PRU15: Ahli Parlimen bukan ‘ejen bebas, terikat dengan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina

KOTA TINGGI – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) masing-masing telah bersetuju bahawa mereka akan berhenti menjadi ahli parti itu jika mereka melanggar arahan BN sekali gus mereka akan kehilangan kerusi mereka di Parlimen.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berpersatuan telah dipinda untuk menyekat kebebasan berpersatuan bagi Ahli Parlimen yang tertakluk kepada Undang-undang Larangan Lompat Parti.

Jelas beliau, implikasinya ialah seorang Ahli Parlimen terikat dengan arahan parti, dan bukan lagi ‘ejen bebas’.

“Undang-undang Larangan Lompat Parti secara tersirat membenarkan parti politik untuk berhijrah secara ‘en bloc’ dari satu gabungan ke gabungan parti politik yang lain.

“Walau bagaimanapun, satu perkara yang perlu diingat ialah Undang-undang Larangan Lompat Parti dalam mentakrifkan parti politik, tidak membezakan antara gabungan politik dan parti politik komponen.

“Implikasinya di sini ialah jika gabungan politik sedia ada bertanding di bawah satu logo dan membentangkan satu manifesto pada PRU15, dan lebih penting lagi, jika calon-calon ini mendapat watikah mereka untuk bertanding PRU-15,”katanya dalam di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI