KUALA LUMPUR – Tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) dilihat beredar meninggalkan Istana Negara pada pukul 11.22 pagi tadi selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tiga pemimpin itu adalah Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Sesi menghadap Seri Paduka Baginda itu didapati hanya berlangsung selama 40 minit namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh ketiga-tiga pemimpin BN terbabit mahupun Istana Negara setakat ini.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 20 Ahli Parlimen BN mengahdap baginda secara individu pada pukul 10.30 pagi hari ini. – KOSMO! ONLINE