fbpx

PM Ke-10: Masih tiada kelibat Ahli Parlimen BN di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadan semasa di Pintu 2 Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Suasana di Istana Negara masih sepi tanpa kehadiran mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Ia susulan, Seri Paduka Baginda menitahkan kesemua 30 Ahli Parlimen BN menghadap pada pukul 10.30 pagi ini.

Bagaimanapun, semalam, pimpinan BN menyatakan agar perkara tersebut ditangguhkan berikutan masih banyak perkara yang belum diteliti selain tetap dengan pendirian untuk tidak memihak kepada sesiapa.

Namun, difahamkan, sesi menghadap secara individu itu masih berlangsung seperti biasa susulan tiada kenyataan penangguhan dikeluarkan pihak Istana Negara sehingga pagi ini.

Setakat ini, hanya sebuah kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dilihat memasuki Istana Negara pada pukul 10.13 pagi tadi.

Dalam pada itu, jumlah petugas media juga dilihat semakin meningkat sejak pukul 9 pagi tadi bagi memberikan perkembangan semasa politik negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI