fbpx

Gempa bumi Jawa Barat: Usaha mencari mangsa terselamat diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mencari barangan milik mereka yang hilang di sebalik runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Cianjur, semalam. - AFP

JAKARTA – Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa  yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat menggegarkan rantau Cianjur, wilayah Jawa Barat kelmarin.

Bencana itu meragut 162 nyawa serta mencederakan ratusan yang lain dengan lebih ramai dikhuatiri masih terpe­rangkap di bawah runtuhan.

Pusat gempa cetek berukuran 5.6 pada skala Richter itu terletak di bandar Cianjur di mana ramai  mangsa terkorban akibat dihempap runtuhan bangunan dan tanah runtuh.

Operasi menyelamat menjadi sukar disebabkan  jalan raya rosak selain bekalan elektrik  terputus di banyak  kawasan di Cianjur.

Semalam berpuluh-puluh ang­gota penyelamat menggunakan jentera berat di kampung Cugenang bagi membersihkan jalan ke Cianjur yang tertimbus  akibat tanah runtuh.

Ketika beg-beg berisi mayat dibawa keluar dari bangunan yang runtuh, fokus tertumpu kepada mangsa-mangsa terselamat di sebalik runtuhan.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata, sekurang-kurangnya 25 orang masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Cianjur setakat malam kelmarin.

Tambah BNPB, lebih 2,000 kediaman musnah,  manakala Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil berkata, lebih 13,000 orang dibawa ke pusat-pusat pemindahan.

Mereka yang terselamat berkhemah di kawasan  luar bangunan dengan dikelilingi oleh sisa runtuhan konkrit.

Waris  yang bersedih turut menanti di luar rumah mayat untuk mengebumikan mangsa,­  sementara sebilangan lagi men­cari ahli keluarga masing-­masing yang hilang dalam keadaan huru-hara.

Doktor-doktor turut merawat pesakit di wad rawatan sementara yang didirikan sejurus selepas gempa  berlaku, yang mana gegarannya turut dirasai sehingga ke  ibu kota, Jakarta. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI