fbpx

Piala Dunia: Belanda langkah kanan benam Senegal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAKPO meraikan jaringan pembukaan hasil tandukan ketika membantu Belanda menewaskan Senegal 2-0 pada Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Thumama awal pagi semalam. – AFP

DOHA – Penyerang Belanda, Cody Gakpo percaya mereka mampu tampilkan aksi lebih baik selepas menang 2-0 ke atas Sene­gal pada aksi Kumpulan A, Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Thumama awal pagi semalam.

Skuad The Oranje terpaksa menunggu sehingga minit ke-84 untuk mendahului perlawanan menerusi jaringan Gakpo sebelum Davy Klaassen melengkapkan kemenangan dengan gol ke­dua pada masa kecederaan.

Kemenangan itu melonjakkan semangat Belanda untuk me­langkah lebih jauh selepas gagal melayakkan diri ke pusingan akhi­r pada edisi di Rusia 2018.

“Secara keseluruhan, sebenarnya saya tidak berpuas hati dengan aksi pasukan kerana kami banyak terlepas bola. Mungkin kami perlu beraksi lebih baik dan menjaringkan lebih banyak gol.

“Dari segi penguasaan bola, memang kami lebih baik berbanding Senegal tetapi masih ada beberapa kelemahan yang boleh meletakkan pasukan dalam risiko. Kami perlu analisis permainan ini dan tampil lebih baik pada aksi perlawanan sete­rusnya,” kata Gakpo.

Sementara itu, penjaga gol Belanda, Andries Noppert yang melakukan debut bersama The Oranje gembira diberikan peluang beraksi dan tidak mensia-siakannya dengan tampil cukup cemerlang.

“Satu perlawanan yang istimewa kerana ini adalah debut saya bersama pasukan negara. Walaupun permainan kami hari ini (semalam) kurang bagus tetapi kami masih mampu dapatkan kemenangan dan semua pemain impikan trofi Piala Dunia,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI