fbpx

38 terbunuh dalam kebakaran di tengah China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran sebuah kilang di Bandar Anyang menyebabkan 38 orang terbunuh semalam. – AGENSI

BEIJING – Seramai 38 orang terbunuh dan dua yang lain cedera dalam kebakaran sebuah kilang di tengah China, lapor media pemerintah hari ini, manakala pihak berkuasa menyalahkan pekerja kerana melakukan aktivitik kimpalan secara haram.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kebakaran itu berlaku di sebuah kilang di Bandar Anyang dalam Wilayah Henan tengah hari semalam.

Pasukan penyelamat menerima aduan kebakaran itu pukul 4.22 petang (waktu tempatan) di kilang milik Anyang Kaixinda Trading Co., Ltd.

“Selepas menerima aduan, pasukan bomba segera mengerahkan anggota-anggotanya ke lokasi kejadian,” demikian menurut stesen televisyen pemerintah, CCTV.

Menurutnya, api berjaya dipadamkan sekitar pukul 11 malam hari yang sama.

Rakaman dari lokasi kejadian yang dikongsikan CCTV memaparkan asap tebal berwarna hitam menyelubungi udara dengan sekurang-kurangnya dua jentera bomba berada dalam kedudukan untuk memadamkan api.

Di samping mangsa yang maut, dua orang dihantar ke hospital kerana kecederaan yang tidak mengancam nyawa, lapor akhbar pemerintah, People’s Daily.

Pihak berkuasa berkata, suspek-suspek penjenayah berkaitan kebakaran itu telah ditahan.

CCTV kemudian melaporkan bahawa siasatan awal mendapati kebakaran itu dicetuskan oleh aktiviti kimpalan elektrik berikutan pekerja -pekerja melanggar langkah keselamatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI