PETALING JAYA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
Menerusi status yang dimuat naik di laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
Jelas Ahli Parlimen Bera itu, setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.
Sementara itu, situasi di pekarangan Menara Dato Onn kita semakin tenang selepas difahamkan hampir semua pimpinan parti BN dan PH telah meninggalkan bangunan ini. – KOSMO! ONLINE