KUALA LUMPUR – Perjumpaan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini sebagai tanda sokongan mereka terhadap pelantikan Pengerusi PN itu sebagai Perdana Menteri ke-10.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, beliau namun tidak mengetahui jika ada mana-mana Ahli Parlimen di luar gabungan PN yang menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.
“Perjumpaan hari ni adalah perjumpaan biasa bagi memberi sokongan kepada Muhyiddin,” katanya kepada pemberita semasa mahu meninggalkan kediaman Pengerusi PN sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE