fbpx

MPKB-BRI minta parti politik cabut poster, bendera kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bendera dan poster yang belum diturunkan di sekitar bandar Kota Bharu hari ini. - Foto ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB- BRI) meminta semua wakil parti politik mencabut poster dan bendera dalam tempoh 14 hari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berakhir Sabtu lepas.

Yang Dipertuanya, Rosnazli Amin berkata, selain itu, pihak terbabit juga perlu membersihkan markas parti masing-masing yang berada di tepi jalan sebelum 3 Disember depan.

Menurutnya, kegagalan parti politik berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya iaitu pemotongan deposit sekiranya bahan kempen masih ditinggalkan.

“MPKB-BRI mengingatkan semua wakil parti politik agar mencabut semua poster calon dan bendera parti politik yang dipasang atau digantung di tepi jalan di daerah ini.

“Selain itu, pos parti politik yang berada di tepi jalan di Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa di sini juga perlu dibersihkan dalam masa 14 hari,” katanya.

Menurut Rosnazli, MPKB-BRI akan melakukan pemantauan di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada lagi poster dan bendera parti sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, beliau berharap semua wakil parti politik memberi kerjasama dengan mengikut peraturan yang ditetapkan MPKB-BRI.

“Selepas tempoh 14 hari, kita akan menyemak dan membuat laporan bergambar berkaitan bahan kempen yang tidak diturunkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI