fbpx

PRU15: PN adakan perbincangan dengan BN Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

KUANTAN – Selepas Pakatan Harapan (PH), kini Perikatan Nasional (PN) pula telah mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) negeri mengenai pembentukan kerajaan negeri.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, perbincangan selanjutnya akan diteruskan dalam mencapai kata sepakat mengenai pembentukan kerajaan.

“Wakil Majlis Tertinggi PN Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya di sini hari ini.

Semalam PH yang menyatakan persetujuan bekerjasama dengan kerajaan BN dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan BN Pahang bagi membentuk kerajaan negeri.

Pengarah Strategi PH Pahang, Ahmad Nizam Hamid dilaporkan berkata, hasil perbincangan adalah positif ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang stabil.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BN berjaya memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) menang lapan kerusi DUN.

Ekoran keputusan itu menyaksikan sejarah baharu politik Pahang apabila negeri yang dianggap deposit tetap BN ini buat pertama kali gagal membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI