fbpx

Penduduk minta turunkan bahan kempen politik, elak kacau ganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa bendera pelbagai parti politik di sekitar bandar Shah Alam yang belum diturunkan.

SHAH ALAM – Penduduk di sekitar bandar raya ini meminta parti politik supaya menurunkan atau menanggalkan bahan kempen mereka agar tidak menganggu penglihatan pengguna jalan raya.

Ia termasuk bendera, kain rentang, poster dan sepanduk yang digunakan sebelum ini memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah berakhir pada Sabtu lalu.

Salah seorang penduduk, Adnan Abdullah, 36, berkata, perkara tersebut harus dibuat supaya bahan kempen ini tidak menimbulkan kacau ganggu atau risiko kemalangan kerana ada bendera yang tercabut dan terjatuh di jalan raya.

“Kemeriahan menyambut PRU15 sudah pun berakhir dan harap keadaan pulih seperti biasa.

“Harap semua bahan ini dapat diturunkan tanpa merosakkan apa-apa lanskap yang ada di dalam bandar ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ahmad Roslan, 37, secara berseloroh menawarkan dirinya untuk melakukan kerja-kerja menanggalkan kesemua bahan tersebut.

Namun, dia menetapkan syarat iaitu kesemua bahan kempen tersebut menjadi miliknya sebagai timbal balik kepada apa yang dibuatnya.

“Bendera khasnya banyak dipasang di kawasan kediaman dan tiang tepi jalan raya dan daripada rosak seterusnya jadi ‘sampah’ adalah amat merugikan.

“Bukan mudah untuk dapat semua benda ini dan ada yang boleh digunakan sebagai penghadang matahari seperti sepanduk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI