fbpx

Anyi Ngau bawa kemenangan ke-23 GPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anyi

PETALING JAYA – Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Anyi Ngau membawa kemenangan ke-23 buat parti tersebut selepas berjaya menang di kerusi Parlimen Baram pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada aksi tiga penjuru itu, Anyi memperoleh 18,399 undi dengan majoriti 7,339 undi meninggalkan pencabar terdekatnya dari Pakatan Harapan (PH) Roland Engan sekadar meraih 11,060 undi.

Manakala calon bebas Wilfred Entika pula hilang wang deposit, sekadar mengutip 324 undi.

Dengan kemenangan itu, melengkapkan PRU15 di Sarawak menyaksikan GPS berjaya menguasai hampir keseluruhan Parlimen Sarawak dengan memiliki 23 kerusi daripada 31 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya ini.

Ini menyaksikan PH sekadar memenangi enam kerusi manakala Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing satu kerusi.

Hari ini, Kosmo! melaporkan sebanyak 12 pusat pengundian dibuka pada pukul 7.30 pagi hingga 2 petang tadi susulan daripada penggantungan proses pengundian pada Sabtu lalu disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI