fbpx

PRU15: PH setuju kerjasama dengan BN Pahang – Leong Ngah Ngah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leong Ngah Ngah

KUANTAN – Pakatan Harapan (PH) negeri bersetuju untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri di Pahang.

Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah berkata, pihaknya telah membuat keputusan bekerjasama dengan BN bagi memastikan kerajaan negeri dapat dibentuk.

“PH setuju wujud kerajaan dengan BN dan kita tunggu keputusan daripada pusat sahajalah,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, soal Menteri Besar yang akan dilantik akan diputuskan melalui perbincangan yang akan dilakukan kemudian.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) BN berjaya memenangi 16 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) menang lapan kerusi.

Pada masa ini hanya satu daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang iaitu DUN Tioman masih belum melaksanakan pengundian susulan kematian calon daripada PN.

Susulan itu buat kali pertama dalam sejarah kerajaan negeri Pahang tidak dapat dibentuk selepas pilihan raya umum apabila tiada mana-mana parti yang mendapat majoriti mudah dalam PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI