fbpx

Majlis hari lahir eksklusif anak Aishwarya Rai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK tunggal Aishwarya Rai, Aaradhya Bachchan menyambut ulang tahun kelahiran ke-11 baru-baru ini.

“HUBUNGI saya apabila kamu telah sampai rumah,” demikian permintaan aktres, Aishwarya Rai kepada ibunya dan rakan artis yang turut menghadiri majlis ulang tahun anak tunggalnya, Aaradhya Bachchan yang ke-11, baru-baru ini.

Difahamkan, hanya beberapa pasangan selebriti dijemput ke acara eksklusif tersebut yang diadakan di kediamannya dan Abhishek Bachchan selain keluarga terdekat mereka.

Kehadiran tetamu yang agak terhad dikatakan bagi membolehkan mereka memperuntukkan lebih waktu berkualiti bersama insan-insan kesayangan.

Dalam satu video yang dikongsi seorang paparazi, aktres jelita itu kelihatan mengiringi ibunya, Brindya Rai ke kereta untuk pulang ke rumah usai acara berakhir.

Mereka juga tidak ketinggalan mengiringi tetamu lain pulang hingga kenderaan jemputan hilang dalam kegelapan malam biarpun sedia maklum dengan kehadiran ramai paparazi di luar kediaman.

Pasangan berpengaruh Bollywood itu mendirikan rumah tangga pada 20 April 2007. Mereka menimang kehadiran Aaradhya hanya selepas empat tahun berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI