fbpx

Piala Dunia: Ecuador belum puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VALENCIA (dua dari kanan) meledak kedua-dua gol Ecuador ketika mereka meraih kemenangan menentang Qatar awal pagi semalam. – AFP

AL KHOR – Ketua Jurulatih Ecua­dor, Gustavo Alfaro meng­akui belum berpuas hati dengan barisan pemainnya meskipun menang 2-0 ke atas Qatar pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt awal pagi semalam.

Pada perlawanan sulung Kumpulan A itu, penyerang La Tri, Enner Valencia menampilkan
aksi cukup berbisa apabila meledak kedua-dua gol pasukannya sebelum dikeluarkan akibat kecede­raan lutut.

Kedua-dua pasukan terdesak untuk mendapatkan tiga mata pada perlawanan tersebut bagi mencerahkan peluang melangkah ke pusingan kalah mati ke­rana perlu berdepan Senegal dan Belanda selepas ini.

“Apa yang penting adalah kami berjaya dapatkan kemenangan pada perlawanan sulung hari ini (semalam). Saya gembira kerana kami turun dengan misi untuk mendapatkan tiga mata bertemu Qatar dan kami telah berjaya melakukannya.

“Ketika rehat separuh masa pertama, pemain-pemain saya memberitahu mereka belum berpuas hati dan menampilkan aksi lebih baik di separuh masa ke­dua. Memang benar kami menang, namun prestasi itu masih belum mencukupi, kami mampu bermain dengan lebih baik,” kata Alfaro.

Ecuador akan berdepan cabaran lebih sukar selepas ini apabila bertemu Belanda Sabtu nanti dan Alfaro berharap barisan pemainnya menampilkan aksi terbaik bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan kalah mati.

“Jika kami mahu melayakkan diri ke pusingan kalah mati, kami perlu tamatkan aksi peringkat kumpulan dengan positif. Ada sesetengah pasukan, mereka hanya menang perlawanan pertama, tetapi gagal layak ke pusingan kalah mati,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI