fbpx

Piala Dunia: Mexico mahu akhiri ‘sumpahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEXICO sedia menamatkan badi mereka yang sering tersekat pada pusingan 16 pasukan terbaik sejak tujuh edisi Piala Dunia sebelum ini. – AFP

DOHA – Kapten Mexico, Andres Guardado percaya Piala Dunia 2022 akan menjadi penamat ‘sumpahan’ negara itu yang sentiasa terkandas di pusingan 16 terbaik dalam tujuh edisi berturut-turut sejak 1994.

Kali terakhir El Tri layak ke suku akhir pada 1986 di laman sendiri sebelum digantung dua tahun menyebabkan mereka terlepas edisi 1990 di Itali.

Bagaimanapun, Guardado yang bakal membuat penampilan kelima di Piala Dunia yakin rekod buruk itu akan berakhir memandangkan Mexico tidak di­letakkan sebagai pilihan kali ini.

Sebaliknya, Argentina dan Poland menjadi dua pasukan pilihan untuk melangkah ke pusi­ngan seterusnya daripada sai­ngan Kumpulan C yang turut dihuni Arab Saudi.

Pemain tengah berusia 36 tahun itu merasakan situasi tersebut akan membolehkan mereka beraksi dalam keadaan tanpa tekanan bermula aksi menentang Poland di Stadium 974 awal pagi esok.

“Saya sentiasa beraksi di Pia­la Dunia kerana mahu membantu Mexico menamatkan ‘sumpahan’ ini dan inilah peluang terakhir untuk saya membuktikan dan melakukannya.

“Saya melihat ia sebagai kunci (aksi menentang Poland) bukan kerana Argentina adalah pasukan terbaik atau Arab Saudi pasu­kan terburuk.

“Tiga mata pertama pada aksi pembukaan kumpulan akan memberi peluang dan kelebihan besar kepada kami untuk menghadapi dua perlawanan sete­rusnya,” kata Guardado. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI