fbpx

Wajarkah BN biarkan Parlimen tergantung?-Asyraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki secara peribadi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) boleh kekal sebagai pembangkang untuk semak dan imbang.

Namun persoalannya kata beliau, adakah kerajaan boleh dibentuk tanpa BN dan wajarkah parti itu membiarkan negara berada dalam keadaan parlimen tergantung.

Kata Asyraf, walaupun ketika ini BN yang disumpah seranah, dikecam, ditohmah dan difitnah dengan pelbagai label dan gelaran, namun akhirnya kepimpinan diminta pula menilai tawaran-tawaran yang ditawarkan oleh Pakata Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) hanya untuk membolehkan kerajaan dibentuk.

“Apa-apapun prinsip BN tetap satu, apa jua tawaran sama ada daripada PH atau PN akan dinilai dan diperhalusi berpandukan kepada prinsip asas iaitu jika membawa kebaikan dan manfaat kepada Kestabilan dan Kemakmuran untuk rakyat dan negara,” katanya pada hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut Asyraf berkata, ketika ini beliau juga sedang bermesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI