fbpx

Fatin Afeefa didakwa sudah nikah, Adam Shahz tak ambil tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Adam Shahz mendedahkan bekas isterinya sudah berkahwin senyap-senyap seperti dimaklumkan keluarga terdekat aktres itu.

PETALING JAYA – Pelakon Adam Shahz menafikan dakwaan sengaja memuat naik video perbualan bersama anak hingga terkeluar cerita ‘tidur dengan boyfriend’ serentak dengan kisah pertunangan bekas isterinya, Fatin Afeefa.

Katanya, klip yang disimpan lama tersebut hanya dimuatnaik dalam laman sosial selepas mensyaki dia dihalang berjumpa atau menghubungi anaknya, Ivy Herra Sophia gara-gara wanita itu bimbang banyak lagi rahsia pecah.

“Video yang saya kongsikan di laman sosial sebenarnya saya rakam beberapa bulan lalu dan baru dedahkan kerana saya cuma mahu tunjuk bukti dia halang kami berjumpa kerana takut anak bercerita benda rahsia.

“Saya dedah sebab tertanya-tanya punca lebih sebulan saya dan anak dihalang berhubung. Soal dia bertunang atau kahwin, saya tak peduli, janji keselamatan anak saya terjaga.

“Waktu itu, ahli keluarga terdekatnya mendakwa Fatin telah bernikah, tetapi diam-diam. Apa motif sebut begitu saya malas ambil tahu. Jadi, video yang saya muat naik tiada kena mengena dengan pertunangan sesiapa.

“Saya cuma minta jumpa anak. Jangan rumitkan keadaan. Kalau sebelum ini kami secara lisan bersetuju jaga anak sama-sama tanpa babitkan mahkamah, kali ini saya failkan hak penjagaan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, dalam perbualan yang dirakam di dalam kereta, Adam dilihat bertanya kenapa Ivy tidur bersama abangnya, Adam Aisy Arrian, bukan dengan ibu, dan anak kecil itu menjawab dia berbuat demikian kerana mengikut suruhan.

“Kadang-kadang tidur dengan mommy tapi kebanyakan masa tidur dengan Ayyan (Arrian) dalam bilik lain sebab mommy suruh,” katanya yang kemudian mendedahkan si ibu tidur dengan teman lelaki.

Sebelum itu, Khamis lalu perkongsian Fatin dalam InstaStory mengundang spekulasi pertunangan apabila menunjukkan video berkaitan acara sarung cincin yang seakan sebuah majlis pertunangan.

Sementara itu, Adam turut mendedahkan isu lawatan anak kini semakin melarat apabila wujud campur tangan orang luar yang didakwa menghubunginya bagi memberi peringatan.

Kata pemilik nama sebenar Nor Shah Azli Abdul Ghani itu, walau bukan berbaur ugutan, perkara berkenaan anak yang boleh dibincang antara kedua-dua mereka hakikatnya tidak perlu mengheret kehadiran pihak ketiga.

“Saya tak faham kenapa dia perlu meminta seorang lelaki untuk menghubungi saya kononnya supaya saya menghentikan provokasi di media sosial. Siapa sebenarnya yang memulakan semua ini?

“Walaupun individu tersebut hanya penyampai mesej, rasanya tak perlu heret orang tak berkenaan. Dia pun sudah sekat nombor saya, jadi apa kata runding secara profesional menerusi peguam masing-masing.

“Saya syak dia bertindak sedemikian kerana satu persatu rahsianya yang cuba dikambus telah saya dedahkan hingga mendorongnya ‘mengirim’ pesanan menerusi orang ketiga,” katanya.

Sekitar awal tahun lalu, pelakon Tentang Bulan itu lebih dulu mendakwa Adam membawa bersama teman wanitanya tidur sebilik dengan anak ketika mereka bercuti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI