fbpx

Hidup susah tiada talian telefon, internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauzi (kanan) dan orang kampung membuat aksi mencari rangkaian telekomunikasi yang susah untuk didapati di Kampung Tok Rusa, Pasir Mas baru-baru ini.

PASIR MAS – Sukar untuk percaya, tetapi itulah yang berlaku kepada 1,000 penduduk Kampung Tok Rusa di sini apabila kawasan mereka langsung tidak mempunyai kemudahan rangkaian telefon dan internet sejak lebih 10 tahun lalu.

Ibarat hidup dalam gua, penduduk mendakwa masalah ter­sebut tidak pernah cuba di­selesaikan oleh pihak bertanggungjawab hingga menyebabkan ia berlarutan sepanjang tempoh itu dengan kebanyakan kawasan di situ tiada rangkaian telekomunikasi.

Sakry Fauzi, 42, berkata, tiada satu pun menara telekomunikasi dibina berhampiran kampung tersebut hingga menyukarkan penduduk untuk membuat panggilan telefon.

Katanya, penduduk sukar untuk menerima keadaan itu apabila kampung mereka seolah-olah dipinggirkan daripada pemba­ngu­nan dan kemudahan asas.

“Kami hidup seperti dalam gua apabila tiada talian telefon. Jika ada telefon pintar mahal pun, kami tidak dapat menggunakannya di sini.

“Penduduk perlu keluar ke kampung sebelah iaitu Kampung Meranti terutamanya di depan balai polis yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sini untuk mendapat rangkaian telekomunikasi yang lebih stabil,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Sakry, penduduk di sini juga bimbang kerana sukar menghubungi ahli keluarga jika berlaku hal kecemasan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Fauzi Dollah, 59, berkata, penduduk sanggup menyediakan tapak untuk membina menara telekomunikasi asalkan ada talian telefon.

Menurutnya, ada tanah lapang yang sesuai untuk dibina sebuah menara telekomunikasi sekali gus memudahkan penduduk.

“Kerajaan dan pihak syarikat telekomunikasi boleh berhubung dengan kami untuk menyelesaikan masalah ini.

“Penduduk di sini sudah lama menanti agar rangkaian telefon ada. Sebagai contoh, anak-anak kami ketinggalan dalam pelajaran apabila tidak dapat mengikuti kelas secara dalam talian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan lebih dua tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, dia berharap ma­salah tersebut mendapat perhatian daripada kerajaan dan syarikat telekomunikasi agar dapat di­selesaikan dengan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI