fbpx

Ghanim Al-Muftah curi perhatian di Piala Dunia Qatar 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ghanim Al-Muftah dan Freeman ketika pembukaan Piala Dunia Qatar 2022 semalam. - AFP

PETALING JAYA – Sosok Ghanim Al-Muftah yang tampil dalam upacara pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Qatar, malam semalam telah mencuri perhatian dunia.

Pemuda berusia 20 tahun yang diangkat sebagai duta Piala Dunia 2022 itu tampil dengan melantunkan potongan ayat suci al-Quran melalui Surah Al-Hujurat, ayat 13.

Ghanim Al-Muftah dilahirkan dengan penyakit yang dikenali sebagai Caudal Regression Syndrome (CDS) yang mana lahir tanpa bahagian bawah badan pada 5 Mei 2022.

Biarpun dilanda dengan pelbagai ujian dan cabaran dek kerana kekurangan pada diri, Ghanim kekal positif dalam mengharungi liku-liku hidupnya sehingga menjadikan beliau sebagai entiti mithali dan idola kepada orang ramai yang seumurannya.

Sejurus penampilannya, dia telah menjadi topik hangat di media sosial, rata-rata orang ramai menzahirkan rasa kagum dan terinspirasi dengan kegigihan dan keazaman Ghanim yang tidak pernah menyerah berjuang untuk hidupnya biarpun tidak mempunyai badan ‘normal’ seperti orang lain.

“Ghanim al-Muftah sangat penuh dengan inspirasi, walaupun mempunyai kekurangan pada fizikalnya, dia adalah seorang perenang yang prolifik, juga mengambil bahagian dalam penyelaman skuba, mendaki dan bermain skate, anak muda yang berwibawa,” ciap @ShahZaib di Twitter.

“Pembukaan yang penuh bermakna, hanya dengan bacaan sepotong ayat suci al-Quran sudah mampu menyentuh hati orang rami ditambah lagi dengan pencapaiannya yang melebihi keupayaan orang biasa. Allahuakhbar,” ciap @MunasarAbdiAmudle.

Untuk rekod, pelakon veteran Amerika Syarikat, Morgan Freeman juga turut tampil ke atas pentas dan berbual dengan Ghanim sambil membawa mesej keamanan disamping menekankan isu kemanusiaan dan tolak ansur dalam kalangan manusia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI