fbpx

PPZ-MAIWP tutup semua kaunter bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumumkan semua kaunternya di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditutup bermula esok hingga 27 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, penutupan itu turut melibatkan ibu pejabat di Wisma PPZ, Taman Shamelin Perkasa dan pejabat cawangan Putrajaya.

“Penutupan kedua-dua pejabat itu adalah untuk melaksanakan kerja-kerja sanitasi di ruang pejabat dan mengekang penularan wabak Covid-19.

“Susulan daripada itu, semua operasi harian PPZ-MAIWP hanya dihadkan melalui perkhidmatan dalam talian sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, PPZ-MAIWP akan beroperasi semula pada 28 Oktober nanti.

Pembayaran zakat boleh dibuat di www.zakat.com.my dan perbankan internet. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI