fbpx

PRU15: GRS nyatakan sokong Muhyiddin Perdana Menteri ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji (lima dari kanan) ketika pertemuan GRS bagi menyatakan sokongan ke atas Muhyiddin (empat dari kanan). - FOTO Ihsan JKM Sabah

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memaklumkan gabungan berkenaan mengambil keputusan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor berkata demikian menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Hajiji berkata, pihaknya juga bersetuju untuk membentuk kerajaan Persekutuan bersama Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta parti-parti lain yang bersedia menjalinkan kerjasama.

“Saya sudah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam (20 November).

“GRS berpandangan adalah perlu pembentukan kerajaan persekutuan dilaksanakan dengan kadar segera untuk memastikan kerajaan dapat berfungsi sepenuhnya, khususnya dalam memuktamadkan penggubalan belanjawan bagi tahun 2023.

“Gabungan ini juga sentiasa komited untuk membawa citra kesatuan demi kepentingan rakyat dan tanah air,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin semalam turut menerima kunjungan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan.

Gambar pertemuan mereka dimuat naik melalui hantaran di laman sosial Facebook milik Muhyiddin.

Turut kelihatan dalam pertemuan berkenaan adalah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI