KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pihaknya ingin meminta sedikit tempoh masa sehingga keputusan penggabungan parti dilakukan.
Buat masa ini katanya, masih tiada lagi ketetapan dengan pihak mana BN bakal bergabung bagi membentuk kerajaan pusat.
“Tiada sebarang ketetapan lagi buat masa ini dan kami ingin minta sedikit tempoh masa untuk memberi akuan bersumpah kepada Speaker Dewan Rakyat.
“Kami mahukan tempoh fleksibel untuk menetapkan akuan bersumpah seperti yang diminta sebelum pukul 2 petang nanti,” jelasnya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.
[Berita lanjut menyusul]